About Company

KPPB telah ditubuhkan pada tahun 2010 merupakan syarikat milik penuh Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).  KPPB menumpukan aktiviti perladangan sawit dan getah ini, di ibu pejabat di Gua Musang, Kelantan.

Bermula dengan perladangan getah pada tahun 1980 melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.(SLSTSB), SLSTSB seterusnya berkembang dengan tambahan keluasan ladang sawit dan getah di sekitar Gua Musang dan Jeli.

Pada 2010, pihak syarikat memperkemaskan lagi pentadbiran dengan mewujudkan sebuah Syarikat Induk yang dikenali dengan Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB). Beberapa syarikat telah ditubuhkan sesuai dengan keperluan semasa dan SLSTSB turut ditempatkan bi bawah KPPB.  Syarikat anak di bawah KPPB pada masa ini ialah SLSTSB, Ladang Tapis Sdn Bhd,, Ladang Lubok Bongor Sdn Bhd dan LST Latex Concentrate Sdn Bhd.